Monday, July 29, 2013

Kembara Eropah 11 Hari 8 Malam

 

 

 

 

 

 

Kod Lawatan: CP11EUR-MH


(Jerman-Switzerland-Perancis-Belgium-Belanda-England)

 


 

Daya Tarikan:                                                   Penginapan : Jerman: Black Forest, Titisee & Jam Cuckoo                                                                                        Lucerne (2M) Hotel Astoria Switzerland: Air Terjun Rhine & Gunung  Glasier Titlis                                                                            Paris (2M) Hotel Mercure Paris Velizy Perancis: Menara  Eiffel & Membeli-belah                                                                         Amsterdam (1M) Hotel  Ibis Schiphol Belanda: Pelayaran terusan, Dataran Dam & Kilang Berlian                                    Brussels (1M) Hotel Alliance Expo Belgium: Dataran Grand  Place & Manneken  Pis                                                                          London (2M) Hotel Ibis Earls Court

England: Lawatan Bus Bandar  London                                                                            (penginapan 4* atau setaraf denganya)

 

Hari  1      Kuala Lumpur   Frankfurt, Jerman

         Penerbangan ke Frankfurt dengan Malaysia Airlines.

 

Hari  2      Frankfurt (298Km)     Titisee (67Km)     Schaffhausen, Switzerland (111Km)     Lucerne

(Masakan Barat Tengahari & Malam)

        Perjalanan dimulakan dengan lawatan pagi  yang  cukup mendamaikan dan  nyaman, dari perkampungan Black Forest menuju ke pekan  Titisee. Anda  dibawa melawat ke kedai  pembuatan jam  hiasan yang dikenali sebagai “Drubba Cuckoo Clock”.   Di sini  anda akan  ditunjukan cara  pembuatanya disamping  berpeluang  membeli-belah  antara barangan sebagai  cenderahati. Perjalanan diteruskan dengan menyeberangi sempadan ke Switzerland untuk menyaksikan keindahan Air Terjun Rhine  yang terkemuka. Bermalam di Lucerne.

 

Hari  3      Lucerne (Sarapan pagi/Masakan Barat Tengahari/Masakan India Malam)

        Persiaran  ke  Engelberg.  Anda  akan   dibawa  ke  Puncak  Gunung Glasier Titlis  sambil  menikmati  panorama  indah  yang mengagumkan.  Menaiki   kereta kabel   dengan ketinggian  3020m  dari  paras laut,  merupakan pengalaman  yang   menarik. Setibanya  di  puncak anda akan  berpeluang  menyusuri  Gua  Ais  iaitu  laluan  bawah tanah sejauh  130m  dengan kedalaman permukaan lebih  kurang 15m.  Menikmati  makan tengahari  di  atas gunung   adalah  sangat menakjubkan.  Selepas  makan tengahari  anda akan  dibawa  turun ke  Lucerne  dan   melawat  beberapa tempat bersejarah  seperti  Tugu  Singa,  Jambatan Gereja,  Menara Lucerne,  Dewan   Bandar   Lama  dan   kedai   terbesar dengan beribu   koleksi  jam  tangan  berjenama  buatan Switzerland. Ia boleh dibeli dengan harga yang  berpatutan sebagai cenderahati untuk orang yang  disayangi.

 

Hari  4      Lucerne (363Km)    Beaune, Perancis (312Km)    Paris (Sarapan Pagi/Masakan Barat Tengahari & Malam)

        Perjalanan ke Paris, Bandar  yang  cukup romantic. Singgah di Bandar  Beaune,  sebuah bandar kecil yang cukup bersih terdapat bangunan asal yang  dijadikan sebagai tapak sejarah dan  mempunyai keunikan tersendiri iaitu bumbung pelbagai warna.

 

Hari  5      Paris (Sarapan Pagi/Masakan Thai Tengahari/Masakan Barat Malam)

        Pagi ini anda akan  dibawa melawat sekitar Paris. Daya tarikan orientasi adalah Notre Dame,  Dewan  Bandar, Champs de Mars, Trocadero, Akademi Tenntera,  Arc de  Triomphe~  pintu gerbang untuk peringatan  Maharaja  Napoleon, Bangunan  Parlimen dan   Muzeum Orsay.  Saat yang   dinantikan  untuk anda  merakam dan   melihat  sendiri   kehebatan Menara Eiffel,  dengan ketinggian  324m  dibina  kukuh  keseluruhan dari  besi. Diteruskan dengan lawatan kepameran minyak  wangi  berjenama dan terkenal di Fragonard dan  pusat membeli-belah yang  terbesar disini  dengan pelbagai barangan berjenama iaitu  Lafayatte Departmental  Store.  Anda  juga   akan   menikmati  pelayaran  menyusuri  Sungai   Seine,  dimana  anda akan   dapat melihat keindahan bandar Paris dari pelbagai sudut.

 

Hari  6      Paris (507Km)     Amsterdam, Belanda (Sarapan Pagi/Masakan India Malam)

        Meneruskan  perjalanan   panjang   ke   Amsterdam.   Seterusnya  anda  dibawa   ke   pusat  pembuatan,   pemotongan  dan  pembentukan berlian yang  terbesar. Selepas makan malam, anda dibawa ke Dataran Dam  untuk melihat  Tugu  Kebangsaan dan  Istana DiRaja.

 

Hari  7      Amsterdam (20Km)    Zaanse Schans (229Km)    Brussels, Belgium

(Sarapan Pagi/Masakan Barat Tengahari & Malam)

        Menuju  ke sebuah bandar yang  sangat popular dengan kincir angin,  dari pembuatan terompah kayu yang cukup terkenal di sini juga  terdapat kilang  pembuatan Keju belanda secara tradisional. Keseronokan  perjalanan  di teruskan lagi  dimana  anda akan  menyusuri  terusan dengan bot.  Anda  berpeluang  melihat  Jambatan  Menguluti,  Stoppera,  Muzeum Sains,  Pelabuhan, Stesen Keretapi, Terusan Putera, dan  banyak lagi. Perjalanan diteruskan ke Brussels  iaitu ibu kota terbesar di Belgium.  Banyak yang  boleh dilihat disini seperti Atomium Futuristik, Patung Everardt Serclaes,  juga  tidak ketingalan kedai pembuatan Coklat terkenal di Belgium  yang  dibuat secara tradisional.

 

Hari  8      Brussels (2jam)  London, England

(Sarapan Pagi/Masakan Malaysia Tengahari/Masakan Barat Malam)

        Pengalaman menarik menaiki Keretapi laju berprestij tinggi dimana pembinaanya dianggarkan lebih dari 9 bilion. Seterusnya dibawa melihat mercu tanda kebangaan kota London seperti Istana Buckingham, Big Ben yang  terletak bersebelahan sungai  Thames, Jambatan Menara dan  juga  Bangunan Parliament.

 

Hari  9      London (Sarapan Pagi)

        Hari  ini anda diberi  peluang  untuk meneroka  Kota  London  dengan menggunakan keretapi  bawah  tanah.  (Pas  tiada  had  lawatan akan  diberikan setiap orang bagi  zon 1 & 2). Anda berpeluang membeli-belah di Jalan Oxford, Jalan New  Bond dan  Jalan Regents untuk pelbagai  barangan  berjenama  dengan harga yang  berpatutan.  Anda  juga  boleh  melawati  Madame Tussauds atau mencuba London Eye terletak berdekatan stesen Waterloo.

 

Hari  10   London   Kuala Lumpur (Sarapan Pagi)

        Aktiviti  bebas   sehingga   anda  dihantar   ke   Lapangan   Terbang   untuk   pernerbangan  pulang   bersama   memori pelancongan Eropah.

 

Hari  11   Tiba Kuala Lumpur

        Selamat Pulang ke Malaysia!

 

 

 

 

Penafian: Kami berhak untuk mengubah turutan atau menukar, meminta atau mengubah jadual perjalanan jika perlu,  dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.  Pemergian  kumpulan  tertakluk  kepada saiz  kumpulan  minimum  15  dewasa membayar.  Semua penerbangan  dan  hotel  adalah  sementara dan  akan  tertakluk kepada pengesahan akhir kami.

 

 

*Sah dari November 2012  sehingga notis selanjutnya*