Kod Lawatan: CP11EUR-MH
(Jerman-Switzerland-Perancis-Belgium-Belanda-England)
Daya
Tarikan: Penginapan : Jerman: Black Forest, Titisee & Jam “Cuckoo” Lucerne (2M) Hotel Astoria Switzerland: Air Terjun Rhine & Gunung
Glasier Titlis Paris (2M) Hotel Mercure Paris Velizy Perancis: Menara Eiffel & Membeli-belah Amsterdam (1M) Hotel
Ibis Schiphol Belanda: Pelayaran terusan, Dataran Dam & Kilang Berlian Brussels (1M) Hotel Alliance Expo Belgium: Dataran Grand Place & Manneken
Pis London (2M) Hotel Ibis Earls Court
England: Lawatan Bus Bandar London (penginapan 4* atau setaraf denganya)
Hari 1 Kuala Lumpur Frankfurt, Jerman
Penerbangan ke Frankfurt dengan Malaysia Airlines.
Hari 2 Frankfurt (298Km)
Titisee (67Km)
Schaffhausen, Switzerland (111Km)
Lucerne
(Masakan Barat Tengahari & Malam)
Perjalanan dimulakan dengan lawatan pagi yang
cukup mendamaikan dan nyaman, dari perkampungan Black Forest menuju ke pekan Titisee. Anda
dibawa melawat ke kedai
pembuatan jam hiasan yang dikenali sebagai “Drubba Cuckoo Clock”. Di
sini
anda akan ditunjukan cara
pembuatanya disamping berpeluang membeli-belah antara barangan sebagai cenderahati. Perjalanan diteruskan dengan menyeberangi sempadan ke Switzerland untuk menyaksikan keindahan Air Terjun Rhine
yang
terkemuka. Bermalam di Lucerne.
Hari 3 Lucerne (Sarapan pagi/Masakan Barat Tengahari/Masakan India Malam)
Persiaran ke Engelberg. Anda akan dibawa ke
Puncak Gunung Glasier Titlis sambil menikmati panorama indah yang
mengagumkan. Menaiki kereta kabel dengan ketinggian 3020m
dari
paras laut, merupakan pengalaman yang menarik. Setibanya di puncak anda akan berpeluang menyusuri Gua Ais
iaitu laluan
bawah tanah sejauh 130m dengan kedalaman permukaan lebih
kurang 15m. Menikmati makan tengahari di atas gunung adalah sangat menakjubkan. Selepas makan tengahari anda akan dibawa turun ke Lucerne dan melawat beberapa tempat bersejarah seperti Tugu Singa, Jambatan Gereja,
Menara Lucerne, Dewan Bandar
Lama dan kedai terbesar
dengan beribu koleksi jam
tangan berjenama buatan Switzerland. Ia boleh dibeli dengan harga yang berpatutan sebagai cenderahati untuk orang yang disayangi.
Hari 4 Lucerne (363Km)
Beaune, Perancis (312Km) Paris (Sarapan Pagi/Masakan Barat Tengahari & Malam)
Perjalanan ke Paris, Bandar
yang cukup romantic. Singgah di Bandar Beaune, sebuah bandar kecil yang cukup bersih terdapat bangunan asal yang
dijadikan sebagai tapak sejarah dan mempunyai keunikan tersendiri iaitu bumbung pelbagai warna.
Hari 5 Paris (Sarapan Pagi/Masakan Thai Tengahari/Masakan Barat Malam)
Pagi ini anda akan
dibawa melawat sekitar Paris. Daya tarikan orientasi adalah Notre Dame, Dewan Bandar, Champs de Mars, Trocadero, Akademi Tenntera, Arc de Triomphe~ pintu gerbang untuk peringatan Maharaja Napoleon, Bangunan Parlimen dan Muzeum Orsay.
Saat yang dinantikan untuk anda merakam dan melihat sendiri
kehebatan Menara Eiffel, dengan ketinggian 324m dibina kukuh keseluruhan dari besi. Diteruskan dengan lawatan kepameran minyak
wangi
berjenama dan
terkenal di Fragonard dan
pusat membeli-belah yang
terbesar disini dengan pelbagai barangan berjenama iaitu Lafayatte Departmental Store. Anda juga akan
menikmati pelayaran menyusuri Sungai
Seine, dimana anda akan dapat melihat keindahan bandar Paris dari pelbagai sudut.
Hari 6 Paris (507Km) Amsterdam, Belanda (Sarapan Pagi/Masakan India Malam)
Meneruskan
perjalanan panjang ke Amsterdam. Seterusnya anda
dibawa ke pusat pembuatan, pemotongan
dan
pembentukan berlian yang
terbesar. Selepas makan malam, anda dibawa ke Dataran Dam untuk melihat Tugu Kebangsaan dan Istana DiRaja.
Hari 7 Amsterdam (20Km) Zaanse Schans (229Km)
Brussels, Belgium
(Sarapan Pagi/Masakan Barat Tengahari & Malam)
Menuju
ke sebuah bandar yang
sangat popular dengan kincir angin,
dari pembuatan terompah kayu yang cukup terkenal di
sini juga terdapat kilang
pembuatan Keju belanda secara tradisional. Keseronokan perjalanan di teruskan lagi dimana anda akan
menyusuri terusan dengan bot. Anda berpeluang melihat Jambatan Menguluti, Stoppera, Muzeum Sains, Pelabuhan, Stesen Keretapi, Terusan Putera, dan banyak lagi. Perjalanan diteruskan ke Brussels
iaitu ibu kota terbesar di
Belgium. Banyak yang boleh dilihat disini seperti Atomium Futuristik, Patung Everard’t Serclaes,
juga
tidak ketingalan kedai pembuatan Coklat terkenal di Belgium
yang
dibuat secara tradisional.
Hari 8 Brussels (2jam) London, England
(Sarapan Pagi/Masakan Malaysia Tengahari/Masakan Barat Malam)
Pengalaman menarik menaiki Keretapi laju berprestij tinggi dimana pembinaanya dianggarkan lebih dari 9 bilion. Seterusnya dibawa melihat mercu tanda kebangaan kota London seperti Istana Buckingham, Big Ben yang terletak bersebelahan sungai Thames, Jambatan Menara dan juga Bangunan Parliament.
Hari 9 London (Sarapan Pagi)
Hari ini anda diberi peluang untuk meneroka Kota London dengan menggunakan keretapi bawah tanah. (Pas tiada had lawatan akan diberikan setiap orang bagi
zon 1 & 2). Anda berpeluang membeli-belah di Jalan Oxford, Jalan New Bond dan
Jalan Regents untuk pelbagai barangan berjenama dengan harga yang berpatutan. Anda
juga
boleh melawati Madame Tussauds atau mencuba London Eye terletak berdekatan stesen Waterloo.
Hari 10 London Kuala Lumpur (Sarapan Pagi)
Aktiviti
bebas
sehingga anda dihantar ke
Lapangan Terbang untuk pernerbangan pulang bersama memori pelancongan Eropah.
Hari 11 Tiba Kuala Lumpur
Selamat Pulang ke
Malaysia!
Penafian: Kami berhak untuk
mengubah turutan atau menukar, meminta atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu. Pemergian kumpulan tertakluk kepada saiz kumpulan minimum 15 dewasa membayar. Semua penerbangan dan hotel adalah sementara dan
akan tertakluk kepada
pengesahan akhir kami.
*Sah dari November 2012 sehingga notis selanjutnya*